KUALA LUMPUR – “I love you Diana,” itu ungkapan yang keluar dari mulut pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari apabila diasak oleh wartawan apakah pesanannya kepada isterinya Diana Danielle.

Farid berkata, dia sayang keluarganya dan ibu bapanya.

“Saya sayang keluarga saya, saya sayang ibu bapa saya, saya sayang semua rakyat Malaysia,” katanya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya menerusi Live video sebuah portal online.

Hari ini isterinya kelihatan hadir ke mahkamah pertama kali selepas suaminya didakwa menampar anggota polis di balai polis Kota Damansara dan menendang dua orang awam, Khamis lalu dan kemudian ditahan.

Reman Farid selama empat hari disambung sehari lagi akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000.

Sebutan kesnya ditetapkan 15 Mac ini.