KUALA LUMPUR – Proses audit forensik dan siasatan polis berkenaan isu tanah FELDA akan diteruskan, kata Perdana Menteri Najib Razak.

Beliau menerusi akaun Twitternya dalam masa yang sama bersyukur kerana tanah di Jalan Semarak yang bernilai RM270 juta itu dikembalikan daripada pemaju tanpa sebarang kos.

“Alhamdulillah, tanah Jalan Semarak Felda telah dikembalikan tanpa sebarang kos. Walaupun begitu, saya tegaskan bahawa audit forensik dan siasatan polis akan tetap diteruskan,” katanya.

Semalam pada sidang media, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad mengumumkan tanah itu kini kembali ke tangan FELDA.

Semua tanah yang terbabit dalam pindah milik tanpa pengetahuan dan kelulusan Felda sebelum ini, kembali kepada agensi itu berserta dokumen untuk melaksanakan proses pindah milik. – MalaysiaGazette

Comments are closed.