Ryan Giggs. Foto SkySports.

CARDIFF – Persatuan Bola Sepak Wales secara rasmi telah melantik legenda Manchester United, Ryan Giggs untuk menguruskan skuad kebangsaan.

Giggs sebelum ini beralih dalam bidang kejurulatihan yang diceburi selepas bersara sebagai pemain.

Ini merupakan pertama bekas pemain sayap kiri itu dalam dunia pengurusan antarabangsa.

Badan induk bola sepak negara itu mengesahkan perlantikan tersebut di laman Twitter semalam.

Gambar di laman sosial itu menunjukkan Giggs mempamerkan jersi Wales.

Giggs yang terkenal dengan kelincahannya melengkapkan 64 kap bersama Wales sebelum menggantung but.

Pengurus berusia 44 tahun itu antara empat calon yang menjalani temuduga pada Khamis lalu termasuk bekas rakan sepasukan negaranya, Craig Bellamy, Mark Bowen dan Osain Roberts.

Giggs mengambil alih tugas yang ditinggalkan Chris Coleman sejak November lalu.

Bekas pengurus sementara United pada 2014 itu bakal diuji pada tugasan pertama dengan memastikan Wales layak ke Euro 2020 selepas mereka tersingkir pada saingan kelayakan akhir Piala Dunia yang berlangsung di Rusia tahun ini. – MalaysiaGazette