Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Abdullah

KUALA LUMPUR – “Belum mengandung dah sibuk cari nama,” itu jawapan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah terhadap cabaran dibuat oleh Pengerusi Pakatan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. foto FAREEZ FADZIL, 01 MEI 2017

Mohd Amar berkata, Pas tidak akan menamakan calon Perdana Menteri mereka kerana ia masih terlalu awal malahan pilihan raya umum pun belum tahu bila akan diadakan lagi.

“Kita akan cadangkan calon perdana menteri yang lain nanti, tetapi setakat ini, terlalu awal untuk kita beritahu, PRU pun belum lagi. Isu ini boleh diibaratkan seperti pasangan yang baru berkahwin.

“Isteri belum mengandung, tetapi sudah kalut mahu cari nama untuk anak. Maka biarlah isteri mengandung dulu, selepas itu kita fikirlah nanti,” beliau dipetik berkata dalam sidang media di Kota Bharu hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir mencabar parti Islam tersebut supaya menetapkan pendirian mereka dengan mengemukakan calon Perdana Menteri mereka.

Tegas Mohd Amar, Pas tidak akan menyebelah mana-mana pihak sama ada Barisan Nasional mahu pun Pakatan kerana kedua-dua gabungan itu mempunyai masalah.

“Kami tidak pilih kedua-duanya, mereka ada rekod dan masalah sendiri,” katanya. – MalaysiaGazette