Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR – Datuk Mahfuz Omar akhirnya meminta maaf selepas dikecam hebat berhubung kenyataan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sehingga menimbulkan kemurkaan pihak istana baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena dan bekas naib presiden Pas itu menafikan berniat untuk menghina Sultan Pahang, sebaliknya menjelaskan kenyataannya bertujuan untuk mengatakan umur bukan penghalang untuk seseorang menjadi pemimpin.

“Saya tak ada niat nak timbulkan kemurkaan pihak istana. Saya bukan hina.

“Kalau dengar ucapan saya, apa yang saya timbulkan ialah isu faktor umur bukan penghalang seseorang itu untuk jadi pemimpin atau ketua.

“Ini (umur) bukan penghalang. Kalau Sultan Pahang boleh jadi sultan, jadi tak ada masalah untuk orang lain (jadi pemimpin),” beliau dipetik berkata hari ini.

Hari ini, Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilaporkan murka dan terguris dengan kenyataan Mahfuz tersebut.

Menurut laporan Bernama Tengku Abdullah beranggapan tindakan Mahfuz itu melanggar tatatertib.

“Saya tidak hendak bercakap banyak, tetapi kalau kita dengar dan lihat percakapannya, sudah melanggar tatatertib bagi seorang yang muda sedikit daripada ayahanda saya,” kata baginda.

Baru-baru ini, Mahfuz dalam ceramahnya, antara lain mengulas kewajaran Tun Dr. Mahathir Mohamad berusia 92 tahun dipilih sebagai calon perdana menteri dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal menjadi Sultan Pahang walaupun sedang gering.

Klip video ceramah Mahfuz bersama Pakatan Harapan berdurasi 6.38 minit itu tersebar di laman media sosial.

Tindakannya itu dikecam pelbagai pihak yang juga telah membuat laporan polis terhadapnya. – MalaysiaGazette

Mahfuz langgar tertib orang Melayu – Pemangku Raja Pahang

Comments are closed.