Home Ekonomi AS atasi pengeluaran minyak Arab Saudi, Rusia

AS atasi pengeluaran minyak Arab Saudi, Rusia

NEW YORK – Pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat sudah mengatasi Arab Saudi dan Rusia, kata Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) dan menyemak unjuran pertumbuhan lebih tinggi pada tahun ini.

Malah, katanya, peluasan besar-besaran dalam syal telah menjejaskan pengurangan bekalan yang diterajui oleh OPEC.

Dalam laporan pasaran minyak bulanan yang dikeluarkan pada hari Jumaat, IEA berkata, pertumbuhan pengeluaran kembali “seperti tahun 2013-2015”, walaupun bekalan dan permintaan global secara umum akan mengimbangi tahun ini.

Pertumbuhan pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat hampir 1.4 juta tong sehari – kepada rekod 10.4 juta tong sehari, akan membantu menggerakkan bekalan bukan OPEC sebanyak 1.7 juta tong sehari pada 2018.

Jumlah pengeluaran dari luar kartel dijangka pada 59.8 juta tong sehari.

Negara-negara pengeluar besar bimbang kenaikan harga minyak sejak beberapa minggu-minggu kebelakangan – kepada paras tertinggi 2014 kira-kira AS$ 0 setong – dapat memacu kebanjiran bekalan baru dari syarikat-syarikat syal sekaligus menjejaskan usaha OPEC untuk mengekang lebihan bekalan.

Negara-negara dan sekutu Opec di luar kartel seperti Rusia bersetuju pada tahun lalu untuk memperluaskan perjanjian pengurangan bekalan untuk keseluruhan 2018 untuk mengurangkan lagi stok simpanan dan meningkatkan harga.

Kemerosotan yang ketara dalam pengeluaran Venezuela menyebabkan pengeluarannya mencapai kepada setengah paras yang diwarisi oleh Presiden Hugo Chávez pada tahun 1999 iaitu kira-kira 1.6 juta tong sehari.

Ia membantu mengekang pengeluaran OPEC kepada 32.2 juta tong sehari pada bulan lalu.

Syarikat-syarikat Amerika Syarikat telah mendapat keuntungan dari pemotongan kos melalui kemelesetan industri baru-baru ini dan meningkatkan aktiviti penggerudian dan langkah kecekapan.

Walaupun begitu, IEA berkata, jika OPEC dan Rusia mengekalkan pematuhan mereka, maka penawaran dan permintaan sepatutnya mencapai keseimbangan bagi keseluruhan tahun “dengan separuh pertama berlaku lebihan sederhana dan separuh kedua dalam defisit yang sederhana”.

Bekalan minyak dunia pada bulan Disember turun 405,000 tong sehari kepada 97.7 juta tong sehari.

Sementara itu, IEA mengekalkan permintaan pertumbuhan minyak permintaan untuk 2018 kepada 1.3 juta tong sehari dengan jumlah penggunaan dijangka kepada 99.1 juta tong sehari. – MalaysiaGazette