Home Ekonomi Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah Isnin ini

Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah Isnin ini

KUALA LUMPUR – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan mengadakan Hari Terbuka Bekalan Elektrik Sabah pada Isnin ini bertempat di Suria Sabah Mall, Kota Kinabalu.

Ia berlangsung mulai pukul 11 pagi hingga 5 petang dan terbuka kepada orang ramai.

Hari terbuka ini untuk berkongsi dapatan hasil kajian ‘Sabah SAIDI Lab 100’, iaitu makmal khas kerjasama antara Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Pemandu Associates Sdn Bhd (Pemandu) tahun lalu.

Makmal khas tersebut bertujuan merangka pelan yang strategik dan praktikal untuk memastikan SAIDI di Sabah menurun kepada 100 minit menjelang 2020 dan memastikan rakyat Sabah mendapat bekalan elektrik yang berdaya harap. – MalaysiaGazette