LONDON – Petronas membeli sebuah kargo gas asli cecair (LNG) daripada loji eksport Australia Pasifik (AP) bagi menggantikan kehilangan output akibat sebahagian sumber daripada projek domestiknya telah terjejas.

Menurut sumber, Petronas terpaksa membayar pada harga yang tinggi iaitu AS$11 bagi sejuta unit thermal British (mmBtu) yang akan diisi oleh AP pada 4 Februari ini.

Output daripada loji eksport Petronas di Bintulu terjejas apabila salah satu daripada tiga paipnya bocor minggu lalu.

Ini telah menyebabkan penghantaran tertangguh namun Petronas tidak mengumumkan insiden tersebut sebagai satu situasi yang menyebabkannya gagal mengikut kontrak. – MalaysiaGazette