BANGKOK – Pasukan tetera menyekat ratusan penunjuk perasaan dari ibu negara ke Khon Kaen di timur laut Thailand hari ini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menyuarakan rasa prihatin atas kelemahan hak asasi di Thailand, termasuk pelaksanaan hukuman berat bagi kesalahan menderhaka kepada raja, dikenali sebagai Artikel 112 dan larangan terhadap kebebasan bersuara.

Menurut seorang ketua penunjuk perasaan berkata, terkini tentera telah menguasai keseluruhan negara itu.

“Semua individu di Kementerian Pertanian adalah Jeneral tentera. Semuanya Jeneral. Kita perlu berganding bahu! Kita adalah sahabat seperjuangan,” katanya kepada kira-kira 200 penunjuk perasaan yang berhimpun di Universiti Thammasat di Rangsit, utara Bangkok.

Tunjuk perasaan itu yang disiarkan secara langsung di Facebook mendapat lebih 900 perkongsian dan ditonton lebih 32,000 kali.

Kesalahan berkongsi kandungan media sosial yang mengkritik pihak junta atau keluarga Diraja adalah satu kesalahan dan boleh dihukum mengikut Akta Jenayah Komputer. -MalaysiaGazette