Pusat 3S Yusmanida Auto yang terletak di Lot 28808, Persiaran E1/1, Seri Pristana, 47000 Saujana Utama, Sungai Buloh.

SUNGAI BULOH – Pusat 3S Perodua baru telah dibuka secara rasmi di Saujana Utama, Sungai Buloh, menyediakan keperluan jualan, perkhidmatan dan alat ganti kepada para pelanggan dan penduduk sekitarnya.

Cawangan pusat 3S yang dimiliki dan dikendalikan oleh Yusmanida Auto Sdn Bhd,dibina dengan keluasan 16,000 kaki persegi di atas kawasan seluas 45,000 kaki persegi.

Yusmanida Auto telah menjadi wakil jualan sah Perodua sejak 2003 yang mana sebelum ini ianya mengendalikan cawangan jualan yang terletak di Jalan Meru, Klang, kata Presiden dan
Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, DatukAminar Rashid Salleh.

“Sepanjang 15 tahun ini, Yusmanida Auto telah menjalinkan hubungan yang baik dengan Perodua berdasarkan kepercayaan dan hasrat yang seiring untuk bersama-sama memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan kami,” katanya.

Antara kemudahan di Pusat 3S Yusmanida Auto.

Pengarah Urusan Yusmanida Auto Sdn Bhd, Sarizal Yusman Yusoff berkata, pembinaan cawangan ini bermula pada Ogos 2016 dan siap pada April 2017. Ia mula beroperasi pada
September 2017.

Katanya, pusat servis itu mampu menyelenggara enam buah kereta pada satu-satu masa dan ini meminimumkan tempoh menunggu.

Dengan pembukaan Pusat 3S Yusmanida Auto di Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, Perodua kini mempunyai 186 cawangan jualan dan 183 cawangan servis serta 24 cawangan di seluruh Malaysia. – MalaysiaGazette