Foto The Telegraph.

FEYENOORD – Robin Van Persie membuat pendedahan mengejutkan apabila dia menyifatkan bekas pengurusnya di Arsenal, Arsene Wenger sebagai terbaik di dunia,

Penyerang Belanda itu muncul antara pemain yang cukup disayangi oleh peminat Arsenal namun perpindahannya ke Manchester United menyebabkan dia dibenci.

Namun Van Persie tetap melahirkan penghargaan buat kelab tersebut terutamanya kepada Wenger.

Ini kerana sejak tiba di kelab tersebut pada usia muda, Wenger merupakan individu bertanggungjawab yang menggilap bakat Van Persie sehingga dia menjadi penyerang yang cukup berbisa di kemuncak kariernya.

Bagi Van Persie, Wenger yang berasal dari Perancis merupakan pengurus terbaik di dunia yang pernah dia bekerja

“Arsene Wenger merupakan pengurus terbaik di dunia.

“Saya terhutang budi dengannya. Dia menjadi faktor kepada peningkatan saya sebagai seorang pemain dan juga manusia,” katanya.

Bagi Van Persie, beliau memiliki banyak kenangan manis sepanjang bergelar pemain Arsenal dari 2004 hingga 2012.

“Saya hanya mahu mengingati kenangan manis sahaja bersama Arsenal. Saya sangat menikmatinya setiap minit, setiap hari saya bermain dan bekerja untuk Wenger,” katanya. – MalaysiaGazette