Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- CIM Bank Bhd. dan CIMB Islamic Bank Bhd. mengumumkan peningkatan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuatkuasa 2 Februari ini.

Peningkatan yang sama turut melibatkan kadar asas (BR) dan kadar simpanan tetap.

Dalam kenyataannya, CIMB berkata, kadar baharu itu adalah susulan langkah Bank Negara Malaysia menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.25 peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.

Semalam, Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

Dengan itu, kadar koridor terendah dan tertinggi bagi OPR masing-masing dinaikkan kepada 3.00 peratus dan 3.50 peratus.-MalaysiaGazette