KUALA LUMPUR- Seorang ahli perniagaan Jepun, Riyo Kawakami berjaya membawa pulang sebuah kereta Lamborghini Huracan Syder apabila memenangi hadiah utama Kempen Membeli-belah Ulangtahun ke-25 Malaysia Airports Bhd.

Lelaki berusia 43 tahun itu berbelanja sebanyak RM2 juta untuk membeli sekurang-kurangnya 20 utas jam tangan Rolex di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di antara Jun sehingga Disember tahun lepas.

Selain Kawakami,  dua pemenang memenangi pakej percutian yang ditanggung penuh selama seminggu ke Paris dan dua lagi pemenang ke London.

Pakej percutian berkenaan merangkumi penginapan mewah, lawatan ekslusif, makanan mewah serta wang saku sebanyak AS$1,000 seorang.-MalaysiaGazette