PM Thailand, Prayuth Chan-ocha

BANGKOK  – Pilihan raya umum di Thailand yang dijadualkan tahun ini dijangka ditangguhkan menjelang tahun 2019.

Ia ekoran ahli parlimen tentera mengundi untuk memindah akta pilihan raya pada Khamis lalu.

Perdana Menteri Thailand, Rayuth Chan-Ocha pula berkata, pilihan raya umum Thailand sepatutnya ditetapkan pada November 2018.

Bagaimanapun, katanya, tarikh itu telah ditangguhkan beberapa kali sejak tentera negara itu mengambil alih kuasa pemerintahan negara sejak t2014.

Dewan Undangan Thailand dan Badan Parlimen Thailand mengundi untuk menangguhkan penguatkuasaan rang undang-undang pilihan raya selama tiga bulan untuk memberi masa kepada parti politik untuk membuat persiapan mengundi.

Rang undang-undang itu adalah satu daripada empat perkara yang diperlukan untuk mengadakan pilihan raya umum negara itu yang mana perlembagaan Thailand memandatkan proses mengundi diadakan dalam tempoh 150 hari selepas semua undang-undang pilihan raya berkuatkuasa.

Sebarang kelewatan dalam pelaksanaan undang-undang itu akan menangguhkan proses pemilihan negara itu.

“Dalam tempoh 150 hari selepas penguatkuasaan undang-undang pada September ini bermakna pilihan raya akan jatuh pada Januari atau Februari 2019,” kata Wissanu Krea-ngam semalam.

Wissanu juga menegaskan, kerajaan Thailand hanya akan berupaya menentukan tarikh pilihanraya setelah rang undang-undang dipinda pada Jun ini.

Parti politik berkata, proses undi pada Khamis adalah suatu gimik pihak pemerintah kerajaan junta untuk kekal berkuasa.

Junta belum mengharamkan sebarang kempen politik walaupun Disember lalu mengeluarkan perintah membenarkan semua parti politik di negara itu membuat persiapan awal menjelang pilihan raya umum.

Parti Puea Thai yang digulingkan oleh tentera pada tahun 2014 mendakwa bahawa pindaan pada akta pilihan raya merupakan taktik Junta untuk terus memperkukuhkan kuasanya.- MalaysiaGazette