Tan Sri Lee Lam Thye
Lee Lam Thye

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melantik empat tokoh sebagai Penasihat Kehormat Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Dalam kenyataannya, SPRM berkata, Tun Zaki Mohamed Azmi, Tan Sri Abu Zahar Ujang, Tan Sri Dr. Ramon V. Navaratnam dan Tan Sri Lee Lam Thye telah dilantik bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 1 Februari ini.

“Penasihat ini berperanan memberi pandangan dan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung dengan tindakan operasi, pencegahan, pendidikan dan lain-lain perkara berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti-aktiviti SPRM atas permintaan Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.-MalaysiaGazette