Penasihat Pembangunan Keusahawanan Ikhtisas Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berucap pada Program Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 06 FEBRUARI 2018.

KUALA LUMPUR – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ditegur kerana tidak mempunyai wakil wanita dalam lembaga amanah organisasi itu kecuali seorang dalam panel syariah.

Penasihat Pembangunan Keusahawan Iktisas Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tidak lengkap sesebuah organisasi yang banyak terlibat dalam urus niaga dengan wanita tetapi tidak mempunyai wakil daripada kaum hawa.

Lantaran itu, beliau akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta supaya ada wakil wanita diletakkan dalam Lembaga AIM.

“Saya selaku Ketua Pergerakan Wanita UMNO akan mencadangkan dua wakil wanita dalam AIM.

“Wanita di AIM bukan berada dibelakang kaum lelaki tetapi sepatutnya bersama-sama ‘disebelah’ lelaki,” katanya pada Himpunan Usahawan Sahabat Amanah Ikhtiar di sini hari ini. – MalaysiaGazette