Bangunan Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara meningkat 0.7 peratus kepada AS$103.7 bilion (kira-kira RM406.04 bilion) setakat 30 Januari lalu berbanding AS$103 bilion pada 15 Januari.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, kedudukan rizab berkenaan cukup untuk membiayai 7.2 bulan import dan 1.1 kali ganda hutang luar jangka pendek.

Menurut data Bank Negara, aset keseluruhan setakat 30 Januari 2018 adalah sebanyak RM456.97 bilion.-MalaysiaGazette