Kakitangan beberapa syarikat milik kerajaan dipercayai masih lagi menunggu lampu hijau daripada Kementerian Kewangan untuk kelulusan bagi pembayaran bonus.

KUALA LUMPUR- Kementerian Kewangan memberitahu, sistem ePerolehan sedang melalui tempoh penstabilan akan pulih selepas 15 Februari ini.

Ini kerana sistem baharu yang dilancarkan pada 1 Januari lalu sedang mengalami tempoh penstabilan.

Dengan itu, pengguna berkemungkinan akan mengalami gangguan antara 30 minit sehingga satu jam pada waktu puncak.

“Adalah dimaklumkan bahawa sistem ePerolehan sedang melalui tempoh penstabilan sejak 1 Januari hingga 15 Februari 2018.

“Sistem ePerolehan akan berada pada tahap optimum selepas daripada tempoh berkenaan.

“Dalam tempoh penstabilan, pengguna berkemungkinan akan mengalami gangguan antara 30 minit hingga satu jam terutama pada waktu puncak.

“Sebarang kesulitan amatlah dikesali,” kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz dalam satu kenyataan di sini hari ini.-MalaysiaGazette