Home Utama KWSP: Dividen tinggi hasil pengurusan, pelaburan baik

KWSP: Dividen tinggi hasil pengurusan, pelaburan baik

Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kadar dividen tinggi untuk tahun 2017 yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah hasil daripada pengurusan dan pelaburan yang baik.

“Alhamdulillah hasil pengurusan dan pelaburan baik, hari ini KWSP isytihar kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah,” kata Perdana Menteri menerusi Twitter dan Facebooknya malam tadi.

Datuk Seri Najib Razak berkata, agihan dividen dan pendapatan pelaburan kasar bagi 2017 adalah lebih tinggi daripada tahun sebelumnya sambil mengucapkan syabas kepada pasukan KWSP.

Beliau harap agihan dividen itu, dapat menambah simpanan pencarum serta menjadi bekalan mereka pada masa hadapan.

Petang semalam, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvensional 2017 dan 6.40 peratus bagi Simpan Syariah.

Jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 adalah sebanyak RM48.13 bilion, peningkatan 29.8 peratus berbanding tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette