Home Dunia Cicak dijadikan pengintip?

Cicak dijadikan pengintip?

61
0

TEHRAN – Perisik Barat mengguna cara yang unik apabila cicak dijadikan pengintip program nuklear negara itu.

Penasihat ketenteraan kanan pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei, Hassan Firuzabadi berkata, haiwan itu digunakan kerana kemampuannya menarik gelombang atom.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan media tempatan mengenai penahanan beberapa pengkaji alam sekitar di negara itu baru-baru ini.

“Beberapa tahun lalu, ada individu datang ke Iran bagi mengutip bantuan untuk Palestin. Kami curiga dengan laluan pilihan mereka.

“Mereka memiliki pelbagai jenis spesies reptilia gurun seperti cicak dan sumpah-sumpah. Kami mendapat tahu bahawa kulit haiwan ini menarik gelombang atom.

“Mereka adalah pengintip nuklear di Iran yang mahu mencari lombong uranium serta lokasi aktiviti nuklear negara ini,” katanya dipetik sebagai berkata.

Kenyataan tersebut dipercayai susulan berita pencinta alam sekitar keturunan Iran-Kanada, Kavous Seyed Emami maut di dalam penjara selepas ditahan bersama beberapa ahli kumpulan NGO hidupan liar bulan lalu. -MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan