Home Seni Hidup Sari Yanti mengandung?

Sari Yanti mengandung?

KUALA LUMPUR – Pelakon Sari Yanti hamil, itu gambaran yang diberikan menerusi gambar isteri kepada pelawak terkemuka tanah air, Ozlynn menerusi kapsyen pada gambar yang dimuatnaiknya di Instagram hari ini.

Gambar dia bersama-sama dengan Sari Yanti dan Linda Onn yang sebelum ini telah berkongsi berita kehamilannya.

“Bila mak buyong bersatu.. baby chantiq sibuk jek nak join… buat kak @lindaonn7 semoga dipermudahkan segalanya buat mu.. nnt bgtau eh nak tgk baby comel u.. n @sariyanti u plak jgn nak buat perjanjian beranak sebelah katil ngan i ok kt labour room nnt.. semoga yg terbaik buat kita semua aameen ❤️,” kata Ozlyn yang hamil anak kelima dengan usia kandungan lebih kurang 6 bulan.

Terdahulu Sari Yanti mendirikan rumah tangga dengan Jep Sepahtu pada Febuari tahun lalu.

Sari Yanti Mohamad Nazari, 34 mempunyai dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq hasil perkahwinannya sebelum ini. – MalaysiaGazette