Home Ekonomi Imbangan akaun tahun lalu RM40.3b

Imbangan akaun tahun lalu RM40.3b

KUALA LUMPUR – Imbangan akaun semasa tahun lalu merekodkan lebihan lebih tinggi kepada RM40.3 bilion daripada RM29.0 bilion tahun sebelumnya.

Prestasi kukuh dalam eksport barangan menyumbang kepada lebihan yang tinggi RM118.1 bilion, menurut Jabatan Perangkaan.

Sementara itu, aliran Pelaburan Langsung Asing (FDI) di Malaysia merekodkan aliran masuk bersih RM39.2 bilion dan Pelaburan Langsung Malaysia di Luar Negeri (DIA) mencatatkan aliran keluar bersih RM26.8 bilion.

Pada suku keempat 2017, Imbangan Pembayaran Malaysia merekodkan lebihan tertinggi RM12.9 bilion berbanding semua suku sebelumnya bagi keseluruhan tahun.

FDI di Malaysia merekodkan aliran masuk RM2.8 bilion, manakala DIA mencatatkan aliran masuk bersih RM2.3 bilion. – MalaysiaGazette