Home Ekonomi Bank Islam lancar kad debit TFC

Bank Islam lancar kad debit TFC

Timbalan Presiden TFC, YB Dato’ Wan Nawawi Haji Wan Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, En. Khairul Kamarudin serta pengurusan, jurulatih dan pemain TFC bersama dengan Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC “Peteh Terengganu Peteh”.

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperkenalkan Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC “Peteh Terengganu Peteh” dalam usaha menyokong sukan bola sepak itu.

Pelancaran kad debit seumpama itu adalah kali ketujuh dibuat oleh Bank Islam bersama Visa.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam. Khairul Kamaruddin berkata, Bank Islam telah mengeluarkan lebih 700,000 kad penjenamaan bersama dengan pasukan-pasukan bola sepak dalam negara sepanjang tahun 2016 dan 2017, setakat ini sambutan memberangsangkan.

Kad itu menawarkan pelbagai manfaat kepada pemegang kad dan sebahagian daripada jumlah fi tahunan kad ini akan dimanfaatkan oleh TFC sebagai salah satu sumbangan Bank Islam dan pemegang kad kepada pembangunan pasukan bola sepak itu.

“Ini adalah kali pertama TFC bekerjasama dengan sebuah Bank dalam program kad penjenamaan bersama. Bank Islam berharap para penyokong bola sepak Terengganu menikmati pelbagai manfaat daripada kad debit-i, di samping menyumbang kepada pembangunan pasukan negeri,” kata Timbalan Presiden TFC, Datuk Wan Nawawi Haji Wan Ismail.

Sempena pelancaran ini, Bank Islam memperkenalkan Kempen Kad Debit-i Bank
Islam Visa Terengganu FC “Peteh Terengganu Peteh”.

Dengan perbelanjaan runcit minima berjumlah RM50, pemegang kad akan layak untuk kemasukan kempen secara automatik dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah wang tunai.

Kempen bermula pada 14 Februari 2018 sehingga 14 Jun 2018.

Kad Debit-i Bank Islam Visa Terengganu FC boleh didapati di semua cawangan Bank Islam di negeri Terengganu dan cawangan terpilih di kawasan Lembah Klang. – MalaysiaGazette