Neymar.foto Agensi.

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain Neymar menegaskan dia menghayati kehidupan bola sepak di Perancis walaupun terus dikaitkan dengan penghijrahan ke Real Madrid.

Pemain antarabangsa Brazil itu beraksi dengan PSG yang tewas 3-1 kepada Los Blancos dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Neymar telah berpindah ke Paris dari Barcelona dengan nilai rekod dunia 198 juta musim lalu.

Namun pemain itu terus dilanda kontroversi penghijrahan semula ke La Liga setelah Real didakwa berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Pun begitu, berikutan kekalahan di Bernabeu pada Rabu. Neymar mendakwa dia lebih selesa di Parc des Princes.

“Saya terikat dengan kontrak bersama PSG. Saya gembira bersama rakan sepasukan dan hanya memikirkan mengenai kisah kehidupan saya di sini,” katanya dalam satu laporan di Perancis semalam.

Walaupun tewas dalam aksi pertama semalam dan skuad bimbingan Zinedine Zidane memiliki kelebihan untuk mara ke suku akhir, Neymar mendakwa gol di tempat lawan yang diperolehi PSG memberi kelebihan kepada skuadnya untuk bangkit semula pada perlawanan timbal balik minggu depan.

“Belum ada apa-apa yang dimuktamadkan setakat ini. Ada aksi timbal balik di gelanggang kami.

“Kami akan beraksi dihadapan penyokong sendiri yang mana merupakan satu tugas sukar yang perlu diharungi, namun saya yakin kami mampu memberi kejutan nanti,” tegasnya. – MalaysiaGazette