MEXICO CITY – Sebuah helikopetr yang membawa Menteri Dalam Negeri Mexico dan seorang Gabenor terhempas berhampiran pusat gempa bumi di selatan negara itu mengakibatkan dua orang yang berada di darat terbunuh, kata para pegawai.

Menteri Dalam Negeri, Alfonso Navarrete dan Gabanor Oaxaca, Alejandro Murat dalam perjalanan untuk melihat kemusnahan akibat gempa bumi berskala 7.2 Richter apabila kemalangan berlaku, kata Kementerian Dalam Negeri menerusi Twitter.

“Malangnya, dua orang yang berada di darat terkorban dalam insiden ini,” tambahnya seperti dipetik AFP.

Navarrete memberitahu rangkaian Televisa bahawa beberapa penumpang dalam helikopter itu tercedera.

Beliau berkata, juruterbang helikopter tentera itu, yang terbang dari Mexico City ke Pinotepa de Don Luis, 37 kilometer ke barat daya pusat gempa bumi, hilang kawalan pada ketinggian kira-kira 40 meter dari permukaan buni ketika ia mahu mendarat.

Seorang wartawan Televisa yang berada dalam pesawat itu berkata, helikopter tersebut tiba-tiba jatuh selepas melalui gumpulan debu di tempat mendarat.

Rakaman televisyen menunjukkan helekopter itu dikelilingi beberapa kereta.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto dalam akaun Twitternya berkata: “Malangnya beberapa orang di darat kehilangan nyawa dan yang lain mengalami kecederaan. Ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan harapan saya mereka yang cedera pulih segera,”. – Agensi