JAKARTA – Indonesia mengkaji melaksanakan moratorium (penggantungan) penghantaran pekerja domestik ke Malaysia, kata para pegawai berikutan kes layanan buruk sehingga menyebabkan kematian pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa dikendalikan secara haram untuk bekerja di negara jirannya itu.

Kematian Adelina Lisao, 21, di Pulau Pinang minggu lalu mencetuskan semula perdebatan terhadap keperluan meningkatkan perlindungan kepada pekerja migran dan menimbulkan persoalan menegnai keperluan warga Indonesia ke negara yang mana sempadannya mudah ditembusi sebagai sebahagian daripada laluan perdagangan manusia, lapor The Jakarta Post.

Presiden Joko Widodo, Jokowi, yang selari dengan idea menghentikan pengambilan pekerja domestik Indonesia ke Malaysia telah mengajukan isu ini semasa mesyuarat perundingan tahunan yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuching pada tahun lalu, kata Duta Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana baru baru ini.

Rusdi berkata, beliau telah mencadangkan pemberhentian penghantaran pekerja domestik ke Malaysia dan sedang berusaha menstruktur semula proses pentadbiran pekerjaan dengan sasaran memperbaiki hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara yang tegang dengan kes-kes membabitkan pekerja migran yang berulang.

Cadangan beliau timbul berikutan insiden yang menimpa Adelina, yang didakwa dipaksa tidur di luar rumah dengan anjing peliharaan majikannya untuk sebulan. Dia meninggal dunia dengan beberapa kecederaan di kepala dan muka dengan luka di tangan dan kaki.

“Moratorium adalah penting, oleh itu kami boleh menstruktur semula sistem pekerjaan TKI (pekerja migran) kami bagi mengelakkan kes seperti Adelina daripada berulang,” kata Rusdi yang merujuk kepada pekerja migran dalam sektor tidak formal.

Beliau berkata, keganasan terhadap pembantu rumah Indonesia telah menyebabkan ketegangan antara kedua-dua buah negara. “Dalam usaha mempromosikan kerjasama apa yang berlaku kepada Adelina supaya tidak berlaku lagi,” kata envoi itu di Jakarta.

Rusdi yang juga pemilik syarikat penerbangan tambang murah terbesar Indonesia, Kumpulan Lion Air berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan presiden mengenai kemungkinan melakukan moratorium itu pada tahun lalu.

“Presiden juga mahu moratorium kerana dia juga membawanya kepada Perdana Menteri Malaysia pada mesyuarat yang diadakan pada (November) – Agensi

1 Komen

Comments are closed.