Noor Rashid Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang mencapai umur persaraan 60 tahun pada Mac akan disambung.

China Press melaporkan, perkhidmatan beliau disambung bertujuan memperkukuhkan persiapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan persiapan pilihan raya umum.

Noor Rashid bakal menjadi Timbalan Ketua Polis Negara pertama yang mana kontraknya disambung.

Sementara itu, perkhidmatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd juga akan disambungkan.

Sumber memberitahu kontrak tiga pegawai kanan lain yang bergelar Datuk Seri di Bukit Aman yang bakal mencapai 60 tahun pada tahun ini tidak akan disambungkan.

Datuk Seri Abd Rahim Hanafi iaitu Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Bukit Aman telah bersara pada 30 Januari lalu.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab dan Pengarah Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishak Singh masing-masing akan bersara pada Julai selepas mencapai 60 tahun.

Daripada 10 pengarah Bukit Aman atau ‘Top Ten’ dalam PDRM, empat orang mencapai umur persaraan pada tahun ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun pula berumur 59 tahun. – MalaysiaGazette