Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh orang hilang dan dikhuatiri lemas ketika memancing di sebuah sungai dekat Kem Sungai Buloh, Selangor hari ini.

Menurut laporan Bernama, insiden itu telah disahkan oleh jurucakap Balai Bomba Penyelamat Sungai Buloh yang kini giat melakukan usaha mencari dan menyelamat.

“Operasi mencari dan menyelamat tujuh mangsa yang hilang sedang giat dijalankan di lokasi berkenaan,” kata jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh ketika dihubungi petang ini.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 5.42 petang.

Jurucakap bomba itu berkata maklumat awal yang diperoleh menyatakan terdapat sembilan mangsa tetapi dua daripadanya berjaya menyelamatkan diri. – BERNAMA

1 Komen

Comments are closed.