Home Dunia Kaki ayam semasa ambil peperiksaan

Kaki ayam semasa ambil peperiksaan

Gambar yang diambil pada tahun 2016 menunjukkan ibu bapa memanjat bangunan sekolah untuk menyerahkan jawapan peperiksaan kepada pelajar-pelajar di sebuah sekolah di Bihar, India. foto Agensi

NEW DELHI – Pihak berkuasa Bihar telah meminta para pelajar tidak memakai kasut dan stokin bagi menghalang mereka daripada menipu semasa menduduki peperiksaan.

Langkah itu bagi menghalang pelajar daripada membawa nota dengan jawapan ke dalam dewan peperiksaan.

Peraturan ini berkuat kuasa pada 21 Februari ini apabila kira-kira 1.8 juta pelajar berusia 15 tahun akan menduduki peperiksaan akhir sekolah.

Bihar terkenal sebagai pelajar yang menipu dalam ujian.

Pegawai peperiksaan berkata, para pelajar juga akan diperiksaan sebelum memasuki dewan peperiksaan dan dipantau oleh video semasa menjawab soalan peperiksaan.

Penuntut yang datang dengan kasut dan stokin akan diminta berdiri di luar dewan.

Pada tahun lalu, Bihar mengumumkan hukuman denda dan penjara jika menipu semasa peperiksaan.

Pada tahun 2013, lebih daripada 1,600 pelajar telah diusir kerana menipu di sekolah manakala 100 ibu bapa juga ditahan kerana membantu anak-anak mereka menipu dalam peperiksaan. – MalaysiaGazette