Home Dunia Ribut Gita landa New Zealand

Ribut Gita landa New Zealand

Taufan Gita menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di New Zealand. foto Agensi

WELLINGTON – Syarikat penerbangan New Zealand membatalkan semua penerbangan keluar dan masuk di ibu negara itu dan Christchurch mengisytiharkan kecemasan selepas dilanda Taufan Gita.

Hujan lebat telah melanda New Zealand sebelum tiba ribut tersebut sehingga banjir di Christchurch.

“Kesan penuh ribut tersebut akan dirasai semalaman dan pagi esok dan semua penduduk di kawasan rendah perlu berpindah kerana dijangkakan banjir,” kata Datuk Bandar, Lianne Dalziel.

Semua penerbangan Air New Zealand ditangguhkan sejak 2.45 petang (0145GMT) kerana pihak berkuasa mengeluarkan amaran cuaca buruk dan hujan lebat serta angin kencang sehingga 150 kilometer sejam.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern pula mengarahkan tentera untuk berada di kawasan yang bakal dilanda bencana manakala Jabatan Pertahanan Awam diminta berjaga-jaga.

Taufan Gita melanda negara-negara Pulau Pasifik di Fiji dan Tonga minggu lalu, dengan membawa angin selaju 275 kilometer sejam.

Fiji tidak mengalami kerosakan tetapi kemusnahan dan banjir yang besar di Tonga.

Terdahulu, Taufan Gita telah menyebabkan kerosakan yang teruk di Samoa dan American Samoa. – MalaysiaGazette