Berikut adalah nama kampung dan kawasan yang bakal mengalami gangguan bekalan air bermula 6 Mac ini.

KUALA LUMPUR – Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd (Splash) dan pengendali Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) akan menjalankan kerja pembaikian peralatan kritikal berula 6 Mac ini.

Sehubungan itu, beberapa kawasan melibatkan Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air untuk tempoh beberapa hari.

Jurucakap Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berkata, kerja pembaikian itu akan menyebabkan henti-tugas logi sepenuhnya.

“Ketika ini loji mengeluarkan 800 hingga 820 juta liter air sehari (JLH). Dengan jumlah sebesar ini, tempoh pemulihan bekalan air kepada pelanggan akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan,” kata kenyataan itu, di sini, hari ini.

Menurutnya, kerja pembaikan oleh Splash pada 6 Mac ini melibatkan kawasan di Petaling Jaya dari jam 8 pagi hingga 9 malam 7 Mac; diikuti Klang/Shah Alam dari jam 8 pagi 6 Mac hingga 9 pagi 9 Mac.

Kerja pembaikian di kawasan di Gombak juga bermula jam 8 pagi pada 6 Mac hingga 12 tengah malam 8 Mac; manakala Kuala Lumpur jam 8 pagi hingga 9 malam 8 Mac; Kuala Langat bermula jam 8 pagi 6 Mac hingga jam 3 petang 7 Mac; dan Hulu Selangor dari jam 8 pagi 6 Mac hingga jam 9 malam 7 Mac.

Justeru, pelanggan dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sebelum 6 Mac ini.

Untuk maklumat lanjut dan kemaskini terkini, sila layari laman web Syabas di www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor”, Twitter @ air_selangor dan aplikasi “mySyabas”. – MalaysiaGazette