Keputusan 'nolle prosequi' terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Koon tanpa melibatkan Peguam Negara, Tommy Thomas merupakan pencabulan ke atas Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. - Tan Sri Rais Yatim
Veteran politik, Tan Sri Dr Rais Yatim mendesak Lim Kit Siang atau anaknya Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan menyangkal gesaan Dr Boo Cheng Hau supaya Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

KUALA LUMPUR – Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim mengingatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak agar tidak menyindirnya berhubung kenyataan siasatan kepada Jho Low.

Menurutnya, beliau bukan dalam kategori yang perlu disindir apabila menegurnya supaya melakukan siasatan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan seolah-olah Salleh membela ahli perniagaan itu ekoran kes rampasan sebuah kapal mewah di Indonesia baru-baru ini.

“Menteri Kom (Komunikasi dan Multimedia) sepatutnya tak menyindir bahawa saya terikut ikut dengan kenyataan tentang siasat Jho Low.

“Saya bukan dalam kategori itu. Warga Malaysia (Jho Low) ini sudah diburu oleh lapan negara bersabit penyelewengan berbillion ringgit 1MDB.

“Saya cuma minta pihak yang berwajib bukalah fail siasatan dan jalankan kerja,” katanya menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Rais dikatakan mengeluarkan kenyataan membidas sikap terburu-buru Salleh yang cuba mempertahankan Jho Low apabila kapal mewah “Equanimity” yang disita pihak berkuasa Indonesia baru-baru ini didakwa milik ahli perniagaan Pulau Pinang itu.

Kata Rais dalam kenyataan itu, Salleh cepat sangat menidakkan kapal mewah itu bukan milik Jho Low, sebaliknya tunggu dahulu dan bukan menuduh Amerika Syarikat serta Indonesia keterlaluan.

Salleh pula dalam kenyataan balasnya mempertahankan Jho Low tetapi menyatakan fakta atas laporan sebenar mengenai isu itu yang semua boleh baca.

“Saya harap semua individu atau mana-mana pihak jangan hanya melihat dari satu sudut, tetapi lihat secara keseluruhan,” kata Salleh. – MalaysiaGazette

 

Rais tidak baca habis kenyataan saya – Salleh