Home Utama Tak mahu majoriti mudah berulang dalam PRU14 – Ahmad Zahid

Tak mahu majoriti mudah berulang dalam PRU14 – Ahmad Zahid

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu memastikan memperolehi mandat dua pertiga daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Katanya, sejak PRU pada tahun 2008 dan 2013, BN hanya membentuk kerajaan dengan kemenangan majoriti mudah dan tidak mahu perkara itu berulang kali ini.

“Mandat undi majoriti dua pertiga diperlukan di mana-mana negara di dunia ini.

“Jika kita lihat pada PRU12 dan PRU13 lalu, kita telah dua kali terhentak ke dinding sekadar majoriti mudah tetapi tidak mahu ia berlaku buat kali ketiga.

“Kerajaan sedang berusaha keras untuk mendapatkan kemenangan dua pertiga, tetapi sedang menghadapi kekangan daripada pembangkang,” katanya pada sidang media Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 di sini.

Dalam perkembangan sama, beliau mengharapkan sokongan penjawat awam kepada kerajaan terus diperkukuh dan tidak berbelah bahagi.

Penjawat awam merupakan jambatan antara rakyat dan perkhidmatan awam dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi orang pertama mempertahankan jumlah perkhidmatan awam secara kseluruhannya walaupun ada pihak mahu mengurangkan jumlah 1.6 juta penjawat awam.

“Penjawat awam perlu ada timbal balas terhadap komitmen dari hati dan minda bagi memacu dan memperkasa perkhidmatan terbaik untuk negara.

“Oleh itu beliau berharap para penjawat awam sentiasa memberi sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette