Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bercakap pada program Meet Manchester United Lagends ke Aladdin Group di Menara MBMR, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 09 MAC 2018

KUALA LUMPUR – Aladdin Group sebuah pengendali platform e-pasaran halal Toyyibban yakin kerjasama dengan Manchester United merupakan komitmen syarikat dalam mempromosikan produknya di peringkat global.

“Ia satu peluang untuk kita tawarkan produk berkualiti kepada peminat tegar Manchester United, peniaga, pengeluar di Malaysia dan di seluruh dunia.

“Tiga legenda tribel 1999 Manchester United – David May, Denis Irwin dan Dwight Yorke adalah rakan kongsi Aladdin Group, sekaligus akan meletakkan produk kita di peringkat global dan mendapat kepercayaan pengguna di peringkat dunia,” katanya dalam sesi Meet The Legends” di ibu pejabat Aladdin Group di sini.

Jelas beliau, untuk meraikan perkongsian dengan Manchester United, pelawat boleh ke Aladdin Street.com dan berpeluang memenangi tiket ke Old Trafford untuk menonton perlawanan Manchester United.

Pengguna hanya perlu melayari laman web AladdinStreet dan mendaftar sahaja. Tiada pembelian diperlukan. – MalaysiaGazette