KUALA LUMPUR – Malaysia Outstanding National Entrepreneurs Awards (The ONE Awards) yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam ini bagaikan anugerah oskar kepada usahawan tempatan.

Majlis yang julung kali diadakan itu mempunyai nilai yang signifikan kepada perkembangan dunia usahawan di negara ini.

Para penerima anugerah beprestij itu dipilih buat julung kalinya melalui tapisan oleh satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada ikon-ikon perniagaan sedia ada.

Antaranya Anugerah Usahawan Industri Kecil dan Sederhana, Anugerah Usahawan Online, Anugerah Usahawan Hartanah, Anugerah Usahawan Perkhidmatan Kewangan, Anugerah Usahawan Hartanah, Anugerah Usahawan Wanita dan Usahawan Bumiputera.

Menurut penganjur, pihaknya mahu pengiktirafan kepada usahawan pada majlis yang diadakan di Hotel Majestic itu menjadi sejarah.

Ia juga bagi menghormati usaha para usahawan yang mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang masing-masing.

Visi anugerah ini bagi menyokong kelahiran lebih ramai usahawan yang berjaya dan inovatif dalam komuniti di seluruh negara.-MalaysiaGazette