KUALA LUMPUR – Adakah satu ‘kebetulan’ untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Datuk Seri G Gnanaraja bergambar bersama pada tahun lepas di kediaman ahli perniagaan itu?

Apakah sebenarnya ‘kepentingan’ hubungan antara Guan Eng dan Gnanaraja sehingga Setiausaha Agung DAP itu boleh mengunjungi kediamannya.

Mungkin pada segelintir, ianya hanya setakat rakaman gambar seorang ahli politik dan ahli perniagaan atau juga mungkin Gnanaraja adalah ‘peminat’ Guan Eng.

Ia mungkin perkara biasa untuk sesiapa untuk mengambil gambar dengan orang terpengaruh.

Tetapi dalam kes ini, ianya sangat berlainan dan menjadi tanda tanya kerana Gnanaraja baru-baru ini telah menjadi bahan sensasi kerana di percayai terlibat dengan suapan wang sebanyak RM19 juta bagi menutup kes yang di siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek mega terowong dasar laut.

Gnanaraja yang juga baru-baru ini melancarkan sebuah trailer filem ala-ala ‘James Bond’ dan mengakui dirinya sebagai pelakon popular tempatan Tamil secara ‘mendadak’ di percayai mendakwa dirinya mempunyai hubungan rapat dengan beberapa ahli politik dan boleh ‘menutup’ kes yang sedang disiasat.

Ketika itu, SPRM sedang agresif menyiasat kewujudan elemen rasuah dalam projek pembinaan terowong dasar laut sehingga melakukan beberapa tangkapan termasuk  Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd.

Sebelum ini, pelbagai jenis kepincangan telah di dedahkan oleh kerajaan Barisan Nasional dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung pembinaan yang memakan kos sebanyak RM6.3 bilion.

Bagaimanapun, seperti biasa Guan Eng hanya menuding jari dan menyalahkan pihak lain terutamanya kerajaan BN walaupun pelbagai persoalan di timbulkan termasuk keraguan dalam urusan pertukaran tanah, salah guna kuasa dan rasuah dalam projek tersebut, kaedah pembayaran dan banyak lagi.

Baru-baru ini, dengan sepantas kilat Guan Eng membuat fitnah secara melulu terhadap Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim kononnya menerima bayaran RM3 juta dan surat tuntutan daripada Zenith berhubung kerja-kerja rundingan berkaitan projek tero­wong dasar laut di Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan yang semalam melontarkan persoalan adakah kemungkinan besar Guan Eng dan Gnanaraja mempunyai hubungan dengan mendedahkan sekeping gambar mereka bersama.

“Saya tahu Guan Eng ini pandai putar belit, sebelum ini dengan cepat kamu melatah dan menuduh Azeez terlibat dengan kerja-kerja rundingan. Sekarang kita rakyat Malaysia terutamanya Pulau Pinang mahu tahu apakah hubungan kamu dengan Gnanaraja?

“Adakah kebetulan Gnanaraja yang di percayai ‘menipu’ kononnya sangat berpengaruh sehingga mampu menuup kes siasatan SPRM berkaitan dengan terowong bawah tanah kamu boleh bergambar dengan anda di rumah beliau? Hebat…

“Tolong buat pengakuan dan henti perbodohkan rakyat Malaysia. Apakah sebenarnya kepentingan tersirat antara kamu berdua sehingga Zenith boleh membayarnya wang sebanyak RM19 juta bagi kerja rundingan terowong dasar laut? Tolonglah jawab dan henti manipulasi lagi,” katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette sebentar tadi.

Tambah Cheng Huan, rata-rata rakyat khasnya masyarakat India di negara ini dalam keadaan terkilan setelah melihat gambar itu yang kini menjadi viral.

“Sebelum ini ada dakwaan Gnanaraja ini terlibat dengan penyewelengan skandal ‘wang cepat kaya’ hampir RM80 juta rata-rata milik masyarakat India di negara ini. Kes ini masih lagi dalam siasatan polis malah Gnanaraja bersama isterinya di percayai telah membayar sebahagian wang tersebut.

“Tidak cukup dengan itu, ada juga dakwaan tentang bagaimana pasangan ‘G’ ini masuk Islam dan menipu seorang lelaki Islam juga berjuta-juta. Kita mahu tahu apa yang di lakukan oleh Guan Eng bersama lelaki ini yang di palitkan dengan pelbagai skandal, kami mahu jawapan,” ujarnya.

Datuk Huan Cheng Guan