Eksklusif “PPIM Tidak Pernah Kenakan Caj Kepada Pengadu” – Ketua Aktivis PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan yang mereka tidak pernah mengenakan caj kepada mana-mana individu yang datang untuk mengadu masalah kepada mereka termasuk dalam kes-kes yang berkaitan dengan ceti haram atau ah long.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, selagi masalah pengadu boleh diselesaikan sendiri oleh PPIM, mereka akan terus berurusan dengan mana-mana pihak seperti syarikat-syarikat kewangan dan bank bagi membolehkan kesulitan yang dialami pengadu dapat dipermudahkan.