Foto Instagram Eina Azman.

KUALA LUMPUR – Empat tahun lalu, pelakon, Datin Paduka Eina Azman menerima sebuah kereta Chevrolet Camaro sebagai hantaran perkahwinan.

Terbaharu, Eina menerima sebuah lagi kereta mewah berwarna hitam dipercayai jenis Mercedes sempena hari lahirnya yang ke-23 pada majlis keraian di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Kaiser membuat kejutan dengan meminta kenderaan itu dipandu ke perkarangan hotel di mana isteri dan tetamu menunggu hadiah istimewa berkenaan.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman menjerit kegembiraan sebaik diberitahu itu adalah hadiah hari jadinya.

“Syukur Alhamdulillah… Terima kasih sayang untuk majlis hari jadi yang menakjubkan. Saya sangat gembira. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bagi menggambarkan perasaan saya.

“Terima kasih sayang kerana menjadi suami serta ayah yang baik,” kata Eina yang berkongsi kegembiraan di Instagram.

Eina dan Kaiser berkahwin pada 31 Ogos 2014.

Bulan lalu, Kaiser menghadiahkan jam tangan jenama Rolex kepada Arianna dan Karl bernilai RM19,000 setiap satu apabila mereka menyambut hari jadi yang kedua tahun, bulan lalu. – MalaysiaGazette