Home Dunia Putin menang besar

Putin menang besar

Vladimir Putin. foto CNN

MOSCOW – Vladimir Putin akan memimpin Rusia untuk enam tahun lagi selepas menang besar dalam pilihan raya presiden semalam.

Beliau menerima 76 peratus undi, kata Suruhanjaya Pusat Pilihanraya.

Berucap selepas pengumuman awal keputusan pilihan raya, Putin berkata, para pengundi telah mengiktiraf pencapaian.

Pesaing rapat Putin, Pavel Grudinin memperoleh kira-kira 12 peratus.

Selain Grudinin, turut bersaing dalam pilihan raya itu ialah bekas hos rancangan realiti televisyen, Ksenia Sobchak (2%) dan veteran nasionalis, Vladimir Zhirinovsky (6%).

Jumlah pengundi ialah 60 peratus.

Putin dalam kempennya berharap lebih ramai rakyat yang keluar mengundi bagi membolehkan beliau mendapat mandat besar.

Pasukan kempennya berkata, keputusan pilihan raya itu adalah “kemenangan yang luar biasa”.

“Peratusan yang dilihat membuktikan segalanya. Putin mendapat mandat yang diperlukan untuk membuat keputusan masa depan,” kata jurucakapnya kepada Interfax Rusia.- MalaysiaGazette