Home Sukan Yaya Toure kembali ke Ivory Coast selepas tiga tahun

Yaya Toure kembali ke Ivory Coast selepas tiga tahun

Yaya Toure kembali untuk beraksi bersama skuad Ivory Coast selepas bersara tiga tahun lalu

IVORY COAST – Yaya Toure kembali ke skuad kebangsaan Ivory Coast selepas tiga tahun bersara daripada tugas antarabangsa.

Kali terakhir bintang Manchester City itu beraksi bersama pasukan kebangsaan ialah pada Piala Afrika 2015.

Namun, kali ini Toure dinamakan dalam skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan menentang Togo dan Maldova pada akhir Mac ini.

Ketua Konfederasi Bola Sepak Ivpory Coast memberitahu BBC Sports:” kami mengadakan rundingan yang baik bersama Toure untuk dua aksi persahabatan ini dan dia menjanjikan komitmen untuk tiba ke Perancis.

“Ia juga satu suntikan besar untuk skuad kebangsaan kami menjelang kelayakan perlawanan Piala Afrika 2019.

“Dia sangat cinta dengan negaranya dan kami gembira dia kembali untuk berbakti semula untuk pasukan kebangsaan,” katanya.- MalaysiaGazette