Home Seni Hidup Gambar anak tersebar di luar kawalan – Khalid

Gambar anak tersebar di luar kawalan – Khalid

Wajah Fatimah Az-Zahra kini mula tersebar di laman sosial.

KUALA LUMPUR – Suami Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, penyebaran gambar bayi mereka berlaku di luar kawalan.

Ini kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta puteri mereka.

Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkata, beliau terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.

Wajah bayi itu tersebar di laman sosial petang semalam, tidak sampai 12 jam dilahirkan.

Difahamkan, gambar itu diambil oleh saudara-mara atau kenalan rapat yang datang melawat penyanyi popular itu selepas selamat bergelar ibu pagi semalam.

Apa pun, dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kini dikecam netizen kerana Siti dan suami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi mereka dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas.

Terdahulu, Khalid telah memaklumkan nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan dalam tempoh seminggu sebagai mengikut sunnah nabi.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid turut memaklumkan panggilan Fatimah Az-Zahra itu hanyalah gelaran anaknya untuk tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan.

Bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan Siti secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pukul 8.17 pagi semalam. – MalaysiaGazette