ENGLAND- Manchester City akan mendapatkan bantuan polis selepas menerima maklumat kumpulan penyokong Liverpool akan memberi sambutan besar kepada bas skuad the Kops menjelang pertembungan Liga Juara-Juara Eroipah April ini.

Poster yang tular di media sosial meminta penyokong Liverpool untuk berkumpul di atas jalan berdekatan Anfield seawal dua jam sebelum aksi suku akhir Liverpool menentang skuad Pep Guardiola pada 4 April ini.

Tindakan itu dikhuatiri akan menjejaskan skuad Pep Guardiola.

Sportsmail difahamkan poster itu telah mencetuskan kebimbangan skuad Manchester City dan penyokongnya di Etihad.

Man City tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu namun pengurusan Liga Juara-juara bimbang insiden membaling botol dan batu ke arah bas yang membawa pasukan yang pernah terjadi dalam saingan EPL pada 2004 berulang lagi.

Mereka mahu berbincang dengan polis di Liverpool dan Manchester dengan harapan kebimbangan itu dapat disampaikan kepada kedua-dua pasukan dan penyokongnya.

Poster yang diviralkan Liverpool berbunyi: “Kami akan menunjukkan mereka apa sebenarnya yang tidak boleh dibeli dengan wang dan penyokong sila bawa bendera anda, banting dan sepanduk.

“Sorakan ribuan penyokong kita bersedia untuk memastikan mereka (the Citizens) kembali ke Mancland sebelum aksi bermula”.

Poster itu ditular oleh seorang penyokong Liverpool dalam Twitter bernama Redmen TV yang mempunyai 133,000 pengikut telah di tweet sebanyak 327 kali dan disukai 480 kali setakat petang Isnin.

Aksi timbal balik suku akhir dijadualkan di Etihad pada 10 April dan wujud kebimbangan sebarang kekecohan semasa ketibaan bas pasukan Man City akan mengeruhkan keadaan apabila kedua-dua pasuka bertemu di Etihad nanti.- MalaysiaGazette