Home Ekonomi Manfaatkan Portal i-Incentives

Manfaatkan Portal i-Incentives

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menggesa lebih banyak syarikat tempatan dan asing memanfaatkan Portal i-Incentives yang dilancarkan baru-baru ini.

Ia adalah pusat sehenti untuk maklumat menyeluruh mengenai semua insentif yang ditawarkan oleh pelbagai kementerian dan agensi berkaitan pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama.

Portal i-Incentives sangat dinamik kerana ia responsif kepada pengumuman baru skim insentif dan bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan supaya komuniti perniagaan dapat maklumat pada masa sebenar mengenai maklumat terkini.

MIDA berkata, portal yang dilancarkan ada 26 Februari lalu memaparkan 121 skim insentif yang diuruskan oleh 12 kementerian dan 28 agensi kerajaan.

Kira-kira 55 peratus daripada insentif-insentif itu ditawarkan kepada sektor perkhidmatan, pembuatan (33 peratus) dan sektor utama (12 peratus).

Katanya, insentif-insentif ini termasuk pengecualian cukai, geran, pinjaman mudah dan lain-lain bentuk insentif seperti ekuiti pembiayaan, status penubuhan serantau dan latihan dan kemudahan program.

Portal i-Incentives itu boleh diakses https://incentives.mida.gov.my. – MalaysiaGazette