KUALA LUMPUR – Majis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini bertindak menggantung pentauliahan kuliah Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAIS berkata, siasatan telah dijalankan oleh badan itu mengenai aduan dan laporan media berhubung kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri selangor) Tahun 2008 Pindaan 2015.

“Tuan dengan ini digantung daripada mengajar agama Islam atau perkara berkenaan agama Islam di dalam Negeri Selangor yang dibahas di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor Tahun 2003 Pindaan 2015,” tulis surat berkenaan.

Surat berkenaan ditandatangani Setiausaha Jawatankuasa Pentauliahan MAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dan turut diserahkan kepada tiga individu lain antaranya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid MAIS, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan MAIS dan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sehubungan itu, sebarang pelanggaran kepada penggantungan akan menyebabkan anda melakukan kesalahan di bawah Seksyen Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor Tahun 2003 Pindaan 2015.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman RM3,000 atau penjara tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kedudukan tuan selaku pemegang tauliah akan diputuskan selanjutnya oleh Jawatankuasa Tauliah yang akan bersidang dalam masa terdekat,” katanya.

Dusuki sebelum ini mengimamkan solat hajat anjuran Pas Selangor demi kemenangan parti itu serta mendoakan kehancuran ‘pakatan yang jahat’ sebelum ceramah perdana sempena 10 tahun Pas berada dalam kerajaan negeri Selangor di Shah Alam. -MalaysiaGazette