Johari Abdul Ghani

PUTRAJAYA – Bajet tambahan yang diluluskan oleh kerajaan pada Bajet 2017 bukan satu isu besar.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan mesti membentangkan bajet tambahan setiap pada tahun berikutnya untuk melihat semula perbelanjaan yang tidak boleh diperincikan semasa pembentangan awal bajet.

“Bukan isu besar. Kita sangat telus dengan setiap perbelanjaan yang dibuat. Saya akan jelaskan butirannya di Parlimen minggu depan. ,” katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan bajet adalah sebanyak RM8.83 bilion, yang mana sebanyak RM7.79 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan baki RM1.05 bilion bagi belanja pembangunan.

Johari menjelaskan, sumbangan RM2.7 bilion kepada dana berkanun diletakkan di bawah perbelanjaan operasi, tidak boleh tidak dianggap sebagai sebahagian daripada perbelanjaan sebenar, tetapi pendapatan lebihan ke atas perbelanjaan yang pindahkan ke dalam dana pembangunan.

“Perbelanjaan sebenar tambahan di luar Bajet 2017 yang dibentangkan adalah lebih RM5 bilion,” katanya.

Tambah beliau, setiap kali bajet dibentang, jumlah sekaligus kontigensi untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan masing-masing adalah sebanyak RM1.5 bilion dan RM2 bilion.

Mengambil kira semuanya, perbelanjaan operasi kira-kira RM3.7 bilion. – MalaysiaGazette