Home Nasional Ismail dilantik lembaga pengarah Integriti

Ismail dilantik lembaga pengarah Integriti

ISMAIL IBRAHIM

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Ismail Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) berkuat kuasa 6 Mac lalu.

Beliau yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi satu tempoh selama dua tahun.

Berasal dari Kampung Permatang Berangan, Mukim Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah, beliau memperoleh Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengajian Arab dari Universiti Al-Azhar pada
tahun 1963 dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang yang sama dari Universiti
St. Andrews, Scotland pada tahun 1975.

Pengerusi Lembaga Pengarah INTEGRITI, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, pelantikan Dr Ismail akan memanfaatkan INTEGRITI yang diberi amanah untuk melaksanakan agenda pemupukan dan penghayatan budaya integriti dalam kalangan rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette