Home Nasional Lelaki asing tikam wanita hingga mati didakwa

Lelaki asing tikam wanita hingga mati didakwa

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lelaki warga asing yang ditahan minggu lalu susulan penemuan mayat seorang mayat wanita di sebuah hotel di Pekan Kajang pada 15 Mac lalu telah didakwa membunuh.

Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, suspek telah didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kajang pagi tadi.

Menurut beliau, hasil siasatan yang dijalankan, polis berjaya membuktikan suspek telah menyebabkan kematian mangsa, juga seorang warga asing.

Dalam kejadian 15 Mac lalu, polis telah menerima panggilan telefon berikutan penemuan mayat wanita dalam keadaan berlumuran darah di bilik sebuah hotel.

Pemeriksaan pihak forensik pada badan wanita itu mendapati terdapat kesan luka tikaman di bahagian perut, serta kesan luka tikaman di dada serta kesan luka pada tangan kanan.

Sebilah pisau pemotong sayur yang dipercayai yang digunakan turut ditemui di sebelah mayat tersebut.

Bertindak atas kes yang disiasat, sepasukan polis telah menjejak kesan darah pada bahagian luar tingkap bangunan hotel berkenaan dan berjaya mengesan suspek yang berada di atas papan tanda iklan yang terletak lebih kurang 70 meter dari tingkap bilik tempat kejadian berlaku.

Dengan bantuan pihak bomba Kajang saspek berjaya diturun dan ditahan. – MalaysiaGazette