Dr Kamarul Zaman Yusoff
Dr. Kamarul Zaman Yusof

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap tidak profesional apabila hadir secara mengejut ke sebuah majlis walaupun tidak diundang.

Malah, beliau turut dilabel sebagai seorang yang pengecut apabila menguar-uarkan kehadirannya pada majlis itu dilaman sosial dipercayai bagi mendapatkan perhatian, kata Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Menurutnya, bekas perdana menteri itu tidak wajar berkelakuan demikian dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Ada pihak yang menuduh ini merupakan satu perancangan untuk memalukan saya yang selama ini mengkritiknya (Dr Mahathir),” katanya ketika menjadi tetamu portal Watan Online menerusi slot sembang isu-isu semasa yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Semalam, Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuat kejutan apabila menghadiri Wacana Sinar Harian ke-53 yang berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) di Shah Alam.

Mahathir hadir pada majlis itu bagi mengikuti program tersebut yang bertajuk Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?

Siri wacana itu menampilkan panelis Dr Kamarul Zaman pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Guru Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

Sesi wacana itu dikendalikan Nazri Kahar dari Astro Awani selaku moderator.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman turut menemplak sikap moderator wacana itu apabila memberikan tumpuan yang berlebihan kepada Dr Mahathir hingga tidak memberi ruang kepada panelis untuk berbicara isu yang dibincangkan.

“Saya melihat terlalu ramai penyokong Dr Mahathir yang troll di dalam media sosial dan Facebook.

“Hujah-hujah yang digunakan untuk mengkritik saya memperlihat seolah-olah Tun Dr Mahathir itu begitu hebat dan apabila dia datang semua orang senyap,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk berada sepentas dengan Dr Mahathir bagi membicarakan isu-isu semasa secara umum, Kamarul Zaman berkata, perkara itu tidak menjadi masalah kepadanya.

“Saya tidak ada masalah kalau Tun Dr Mahathir sendiri sanggup nak dengar,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

28 Komen

  1. Talam dua muke cam gini la…..sblm mahathir dtg, suara ko yg paling kuat, mahathir dtg, dh la tak hormat, jadi truk gagapnye….baru pertama kali masuk arua perdana ke…..

    • cuba tgk video yg asal bukan edit… masa tun hadir.. yg sedang bercakap adalah prof mohd saat baki.. selepas tun tiba banyak soalan lebih kepada mahathir… ahli-ahli panel seimbang dalam wacana ni… prof kamarul zaman tetap melemparkan pandangan beliau wpun tun hadir disitu… wpun nampak dia nampak kurang selesa… sudah tentu dia x mahu dianggap menyokong Tun mahathir

  2. Kalau Tun M pengecut, sudah tentu beliau tidak susah2 datang walaupun tidak dijemput. Apa punya taraf mentality kau sebagai prof? Patutlah ramai label kau sebagai prof kangkung.

  3. Sudah sudah laa prof. Jangan malukan diri sendiri lagi. Kau buta kaa, tak nampak ka berapa ramai orang yang masih hormati Dan Kagumi Tun ni. Kau Tak tau nak baca Dan observe ka dari likes Dan loves yang diberi seluruh rakyat Malaysia. Kau tu hanya seorang professor di University, jadi jangan laa bantai seseorang tu sampai lupa daratan. Nak aibkan orang sangat ka…apa lagi seorang Negarawan yang seperti Tun. Kau silap besar laa…. Patutnya kau ambil satu langkah yang lebih Lembut sedikit. Siapa lah kita kalau nak dibandingkan dengan Tun yang Ternyata terlalu banyak pengalaman dan pengorbanan nya…. Sudah sudah laa, lepas ni jgn dok komen lagi dah bab Tun Ni. Nanti lagi banyak Malu kau Dapat dari seluruh netizen. Jaga aib diri kamu sendiri. Tapi kalau kau nak dapat Publisiti murahan, kau teruskan aja laa kutok Tun. Jgn menyesal kalau kau jadi Badut bahan ketawa seluruh rakyat Malaysia. Lawan Tun tu biarlah orang politik saja… Kau tumpukan pada melahirkan lebih banyak cendiakawan di University sudah laa…. Muga jadi iktibar buat dirimu….

  4. Perbezaan Otak pemimpin PAS dan Walaun dengan rakyat JELATA yang AKALNYA bebas berfikir!

    FORUM WACANA SINAR HARIAN…
    APAKAH TUN M TERLALU TUA UNTUK PM?

    Geger gegok walaun termasuk Nik Abduh bersilat mempertahankan Dr Kamarul yang KELAT mukanya dan UMUM diperlihatkan nilai intelektual yang bertaraf LONGKANG!

    1. Forum ini adalah terbuka kepada semua rakyat menghadirinya tanpa sekatan kecuali menimbulkan masalah keselamatan. Maknanya kehadiran Tun Mahathir adalah atas kapaasiti haknya boleh hadir!

    2. Forum ini memperkatakan tentang keupayaan Tun Dr Mahathir dari sudut umur dan keupayaannya menjadi Perdana Menteri lagi. Beliau berhak mendengar kerana DIRINYA menjadi subjek perbincangan.

    3. Kesemua panelis yang diundang adalah mereka yang dijemput secara rasmi dan TELAH memberi persetujuan tanpa syarat dan tentu sekali di maklumkan bahawa forum ini utk tatapan umum dan terbuka dihadiri oleh sesiapa pun. Mereka harus bertanggungjawab dgn kenyataan mereka dan semestinya KENA BERSEDIA MENERIMA RESPON.

    4.Panelis telah dibuka ruang perbincangan untuk memperkatakan apa yang ditanya oleh moderator. TIADA HAD SEKATAN PADA PERINGKAT INI KECUALI HAD MASA.

    5. Malang dan amat memalukan bagi sebuah parti yang mendakwa Quran dan hadis sebagai pegangan seperti PAS apabila mempertikaikan kehadiran TUN DR MAHATHIR di forum tersebut. KAMU SENTUH SOALNYA, BELIAU BERHAK HADIR DAN MENDENGAR SENDIRI ‘KELEMAHANNYA” YANG KAMU PERKATAKAN. Tidakkah islam mengamalkan adil itu untuk semua? Dimana tidak adilnya Sinar Harian apabila membuka ruang bagi Tun memperkatakan apa yang dikatakan terhadap dirinya?

    6. Siapa pun yang melihat wacana itu dengan akal yang waras tidak akan mengatakan bahawa PAS diserang oleh Tun Dr Mahathir. Tun menjawab apa yang diajukan kepadanya oleh moderator bukannya MELALUT seperti Dr Kamarul yang boleh dilihat seumpama orang yang mabuk tapai diubati dengan minuman KETUM!

    7. Apakah kerana KEBIASAAN membelasah subjek di medan ceramah PAS ikut sedap mulut secara satu hala maka apabila adanya tindak balas kehadiran subjek maka dilihat sebagai sabotaj?

    Lihat sahaja kehadiran HUSAM DI CERAMAH SUDIN PELAKAR DAN DIVIRALKAN SEBAGAI HUSAM PENAKUT walaupun HUSAM meminta sekadar 5 minit utk berucap tetapi PAS PENAKUT PAHIT memeberi ruang, inikah yang dikatakan politik matang dan sejahtera. KATA KE ORANG BOLEH,ORANG NAK KATA KO KITA TIDAK BERSEDIA MENDENGARNYA?

    8. APA AKAN JADI JIKA SUASANA YANG SAMA TERJADI, TUN HADIR TETAPI TIDAK DIBERI PELUANG MENJAWAB DAN KEMUKAKAN HUJAHNYA, TIDAKKAH SEKALI LAGI APA YANG HUSAM ALAMI AKAN DI JADIKAN BAHAN KUTUKAN OLEH PAS? ITUKAH BARU ADIL DARI KACAMATA PAS?

    9. Apakah kerana SINAR HARIAN GAGAL memenuhi KESUCIAN PAS membelasah subjek yang tidak bersama mereka baru dikatakan ADIL?

    KEMPEN DULU HARAKAH BAGI LAKU, BARU LOGIK KEMPEN MEMBOIKOT SINAR HARIAN ADA ASASNYA!

    10. TAHAP PEMIKIRAN PEMMIPIN PAS DAN THINK TANK PAS SAMA LEVEL DENGAN AJK PENYADAT TUAK SEMALAYSIA YANG MELIHAT TUAK KELAPA DALAM BENTUK SERBUK AKAN MEMBUNUH AIR TUAK NYIUR!

    Sewajarnya PAS diajar dengan kekalahan di PRU 14 di bumi Malaysia agar AGAH DAN LAGAK SOMBONG Parti Suci ini boleh diubati dengan KEINSAFAN!

    Nyamuk Mengigit
    24 March 2014

  5. Bagi saya kamu yang tidak profesional. Ada beberapa sebab saya nyatakan demikian.
    1. Kamu tidak bertindak sebagai panel forum, tetapi seolah-olah ingin berkempen;
    2. Kamu luar dari tajuk perbincangan. Berhujah bukan sebagai seorang akademia. Tidak berfakta.
    bagus lagi saudara Kelvin;
    3. Niat dari awal lagi cuba untuk memperlekehkan TDM;
    4. Kamu tidak perlu persoalkan kenapa TDM datang secara mengejud. Sebagai penganalisis
    politih, kamu seharusnya telah bersedia dengan fakta-fakta. Bukan berhujah sebagai seorang
    yang tidak membuat kajian. Jika sebegini analisa yang dibuat tidak payahlah ada PhD. Budak
    hingusan pun buat analisa berdasarkan bacaan mereka dimedia sosial atau sebagainya.

  6. Buat malu saja! Cakap English memang Inglish atas pokok! Kalau Beñar berani takut apa! Nampak orang yang dikritik terus nganga! Lagi malu kata Tun Tua , lupa tapi sendiri yang buat siap pun tak teringat! Perlu nota nota kecil! Jangan buat malu sendiri la!

  7. Nama je prof tapi bangang botingkek²… Kau mungkin pandai dari segi akademik, tapi dari segi kemanusiaan, kau lopong… Tajuk majlis pun mengenai tun m, salah ke kalau dia nak dengar depan² apa yang ko nak cakapkan pasal diri dia?

  8. Kenapa kamu terkedu di majlis tersebut seorang orang bodoh. Kenapa tak templak dan ambik kesempatan memalukan Tun habis-habisan dgn ilmu Profesor yg kamu agongkan. Kena terdiam membisu. Jawablah aku tanya ni. Masih tak serik ya? Satu Malaysia dah tahu kamu tak layak bergelar Profesor. Tak setaraf Prof Ungku Aziz yg mampu berbicara tentang apa saja.

  9. Kalau dah berbuat jahat, mengutuk orang kat belakang bila berdepan drngan orang yang dikutuk takut senyap. Nampak sangat bersalahnya. Cuba banyakkan beristighfar, bersihkan balik hati tu…

  10. Jawapan nya, janganlah lupa diri Dr….. Kalo bkan tun pm dulu blum tentu ko dpt ape Yg ko ade Skang….. Buat2 la intikarah….. Jgn ingat dh ade title Dr tu dh perfect awak tu…….. Islamkan mlarang utk menceritakan aib org dgn org lain lagi2 Carita Yg disampaikan becanggah Sama skali………… Harap Dr insaflah……. Jgn nk mkn dedak sgt

  11. Profesor Pakar Psikologi ker.. hehe
    Cara nya menghurai dgn skrip nya langsung tak ada markah bab Psikologi …!!
    Hasil nya dia yang memalukan diri dia sendiri .. taraf Profesor nya sekadar Guru biasa jer .. hehe

  12. Hhahhahahahahaha tapi kau pun bercakap nak tergagap masa tu…. Tun M tak profesional
    Ke atau telur kau nak tenggelam dan mengecut masa tu?

  13. Dia ni represent sebilangan ahli akademik yg tak berapa faham tugas dan peranan. Elok la balik semak dan cermin diri tu.

  14. Dr. Kamarul. Kau marah sbb org kritik awak?
    Rasa malu?
    Dah siapa suruh kau pi kutuk Mahathir? Siapa suruh kau jadi otak udang dan x professional?
    Dan Kau ckp Mahthir pengecut? Tgk cermin sendiri la bodoh. Siapa yg pengecut pi kutuk Mahathir dari belakang depan2? Dia dah dtg..kutuk la depan2…Pengecut. Bodoh.
    Kau yg malukan diri sendiri so deal with it!
    hahahahaha.

  15. Umpama tahi sendiri dah terpalit ke muka tapi masih nak pertahankan bahawa busuk itu bukan datang dari tahi sendiri…kesiannya.

  16. Tolong personal massager prof funny tu. apa bezanya TUN datang or tidak?? Sekiranya kajian prof terhadap TUN semuanya benar or tepat, prof tentang depan2 and buktikn yg prof katakan itu benar belaka, tapi kenapa petang tu prof bertukar wajah?? Gelabah?? Gelisah?? Gersang?? and bertukar jadi kayu selepas ketibaan TUN ?? Come on prof… klu lah aku anak murid mu, sumpah tak akan aku mengaku kau prof ku.

  17. Knp masa tun ada ko tak tanya dia knp dong majlis tak dijemput..knp terus our topic bila dia dong..Ada telur ke ko..oiii kesian student UUM dpt prof kayu mcm ni

  18. Tidak keterlaluan kalau Dr Kamarul umpama memalukan dirinya sendiri dengan ulasan yg tiada fakta. Jauh sekali menampakkan kredibiliti sebagai seorang pensyarah kanan di UUM. Sadly, he has put himself at the lowest level of disgrace and shame among academicians this country has ever produced.

  19. Tun dtg utk tunjuk dirinya masih kuat dan sihat. Dia jg nak tunjuk bhw dia seorg yg berani dihentam berdepan. Dia jg berhak mendengar dan menjawab apa yg diperkatakan terhadapnya. Itulah ciri2 org berjiwa besar. Ada dia maki hamun tuan dlm majlis tu?
    Tua tidak dpt dielakkan ttp pemikiran dan jiwa blh dikawal. Seorg profesional tidak perlu takut untuk memberitahu kebenaran kpd kliennya secara berdepan. Klu takut tu sbb niat dah tak betul. Muhasabahlah diri wahai tuan pgrh kajian politik uum. Tuan memalukan diri sendiri dan bkn org lain.

Comments are closed.