Manchester United menamatkan kontrak Zlatan Ibrahimovic berkuatkuasa serta merta dalam pengumuman rasmi semalam.

MANCHESTER – Manchester United mengesahkan penyerang, Zlatan Ibrahimovic meninggalkan Old Trafford.

Dalam satu kenyataan kelab itu berkata, pihak telah menamatkan kontrak bekas pemain antarabangsa Sweden itu serta merta.

“Manchester United mengesahkan bahawa ia bersetuju untuk menamatkan kontrak Zlatan Ibrahimovic berkuatkuasa serta merta.

“Semua dalam kelab ini ingin berterima kasih kepada pemain itu atas sumbangannya sejak menyertai theatre of Dreams,” kata kelab itu dalam laman web rasminya.

Zlatan juga memuat naik mesej penamatan kontrak bersama the Red Devils itu sejurus selepas pengesahan diterima daripada kelab.

“Sebarang benda baik pasti ada penghujungnya.

“Kini tiba masanya untuk terus mara ke hadapan selepas mengharungi dua musim terbaik bersama Manchester United.

“Terima kasih untuk kelab, para penyokong, pasukan, jurulatih dan kakitangan kelab yang telah menjadi sebahagian sejarah karier saya,” katanya dengan slogan #Foreverred (merah selama-lamanya).- MalaysiaGazette