Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Taiping Nga Kor Ming dibidas kerana kenyataannya yang menggesa Gerakan supaya tidak meraikan terlalu awal berita beliau akan meninggalkan Taiping dan berhijrah ke Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.

Ketua Pemudanya, Tan Keng Liang mengingatkan Khor Ming supaya tidak bersikap angkuh.

“Gerakan Taiping tidak pernah berfikir untuk meraikan berita dia akan meninggalkan Taiping untuk terjun di  Teluk Intan.

“Sebenarnya, Gerakan di Taiping berpendapat bahawa Kor Ming tidak seharusnya ‘melarikan diri’ daripada tanggungjawab kerana dia mempunyai terlampau banyak janji yang gagal ditunaikan kepada pengundi Taiping sejak lima tahun lepas,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, perjumpaan yang diadakan Gerakan bahagian Taiping tidak ada kena mengenai dengan berita lompat beliau ke Teluk Intan.

Malah Keng Liang, semalam Gerakan Bahagian Taiping hanya mengadakan mesyuarat biasa yang tertumpu kepada persiapan rapi parti itu menghadapi pilihan raya umum.

Kor Ming baru-baru ini tidak menolak kemungkinan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen yang disandang Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Kiong. – MalaysiaGazette